Pages

Saturday, April 24, 2010

HIKAYAT DOA SEBUAH CINTA


Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…



Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Mirwana - Hikmah Kembara


Satu lirik yang menarik bagi musafir yang berjalan jauh merantau dunia ALLAH ini... dan ia juga menarik kepada pelajar asrama yang berpisah dengan ahli-ahli keluarga semata-mata untuk meneruskan pelajaran mereka dalam membantu keluarga kerna sanggup bermusafir....dan kepada para mahasiswa2 di Malaysia ni....insya ALLAH

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat



Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Thursday, February 25, 2010

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?



Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta

Tuesday, February 2, 2010

Kopi Lobak Telur



“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Monday, February 1, 2010

Tawakkal


"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka
bertawakkallah kepada Allah."(ali-lmran: 159)

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka
Dia pasti mencukupi untuknya." (at-Thalaq: 3)

"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan,
menjadi gentarlah hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan,
maka bertambahlah keimanan mereka dan hanya
kepada Allah jualah mereka bertawakkal."(al-Anfal: 2)

Saturday, January 16, 2010

Jihad



RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Saturday, January 9, 2010

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

Related Posts with Thumbnails