Pages

Thursday, August 19, 2010

AWAS! Anda Sedang Diperhatikan,berwaspadalah..

Bagaimana untuk lulus cemerlang di madrasah Ramadhan,petuanya:
AWAS! Anda Sedang Diperhatikan,berwaspadalah..

”Apabila anda memandu dan lampu isyarat masih berwarna merah, adakah anda akan melanggar lampu merah bila mendapati terdapat kamera?”

”Apabila anda di jalanraya dan anda sedang memandu melebihi had laju, tiba-tiba anda nampak polis mengadakan ’speed trap’ adakah anda akan teruskan dengan kelajuan tersebut?”

”Anda sedang menyapu sampah dengan malas kerana disuruh, tiba-tiba kawan lelaki yang anda minat sedang lalu dihadapan rumah anda. Apakah biasanya yang anda lakukan?”
”Agak-agak la kan, kenapa tanya soalan-soalan tadi kepada anda semua.”



Al-Qur’an Qaf 50:18


18. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Jika kita mengetahui malaikat sentiasa memerhatikan kita, kenapa kita tidak ada perasaan malu atau takut? Padahal kita malu atau takut dengan manusia, polis dan penguatkuasa?

Kita perlu sentiasa menjaga kelakuan dan tingkah laku kita. Satupun tidak akan terlepas dari catatan malaikat. Berubahlah menjadi lebih baik.Orang kanan Allah ini amat taat kepadaNya dan tidak pernah silap.Sebenarnya Allah juga melihat kita dan tahu semua perbuatan kita walaupun belum dilaporkan oleh malaikat,maka takutlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya dengan sifat IHSAN.

Objektif:Menimbulkan kesedaran agar sentiasa menjaga tingkahlaku dalam setiap urusan kita kerana ada malaikat yang sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita.Bukan di bulan Ramadhan sahaja,tetapi juga di bulan-bulan lain.

2 comments:

  1. btol2..kita sentiasa diperhatikan..aku tyme g buka posa buffet dulu pon rs sama gak..ptt byr dulu baru masuk tapi sebab dompet member pegang,aku msk mcm tu je..patut tak yah bayar pon tak pe sebab dah masuk..tapi sebab hidup bukan berkisar pasal makan je,aku kua balik g byr..kalau tak byr,mst rasa tak sedap ati smpai bila2...

    Entri Cilanat!!!
    Cilanat!!!Ayam

    Dah Pandai Demand Harga...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...insyaAllah..harap2 semua mcm ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails