Pages

Tuesday, June 28, 2011

CINTA DAN KEINGINAN UTK MEMILIKI ADALAH DUA PERKARA YG BERBEZA

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebagai seorang remaja, perkara seperti ini sering menghantui diri..
Semakin hari semakin ramai yang kecundang..Semoga kita masih di dalam landasan yang benar..

Jika seseorang tu NAKkan kita, BELUM TENTU dia CINTAkan kita..
Persoalan yang agak rumit..Hati-hati jika ada seseorang yang beria-ia sukakan kita, ayat semua power-power..Betul ke orang itu betul-betul CINTAkan kita ataupun hanya NAKkan kita..

Memang susah untuk kita tahu perasaan seseorang tu..
Jadi,nilai la perlakuan dia tu..

Sunday, June 26, 2011

Petua tenangkan hati oleh Dr. Fadzillah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

Friday, October 22, 2010

Kelebihan Seorang Hafiz dan Hafizah..

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah:

1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT. 
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli

Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Thursday, September 2, 2010

Doa orang berpuasa sangat makbul pada saat berbuka puasa.

Dari Abu Hurairah RA, katanya : Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis orang - tidak ditolak doa permohonan mereka - pertama : Ketua pemerintahan yg adil, kedua, Orang yg berpuasa semasa ia berbuka puasa dan yg ketiga, org yg teraniaya...."

2 Senjata orang islam adalah :

Doa
Dakwah


p/s - Marilah sama2 kita berdoa..jangan lupa ye...
Sekian tazkirah ringkas dari saya..Wslm

Wednesday, September 1, 2010

Majlis bersama DYTM Raja Muda Perak, 30 Ogos 2010 (Isnin)

Assalamualaikum..Di sini saja nk berkongsi serba sedikit gambar yg diambil time program kat Ipoh Perak..
Program yg amat seronok dan penuh makna..


p/s- x bleh upload gambaq byk2..berat blog..hehe..

Thursday, August 19, 2010

AWAS! Anda Sedang Diperhatikan,berwaspadalah..

Bagaimana untuk lulus cemerlang di madrasah Ramadhan,petuanya:
AWAS! Anda Sedang Diperhatikan,berwaspadalah..

”Apabila anda memandu dan lampu isyarat masih berwarna merah, adakah anda akan melanggar lampu merah bila mendapati terdapat kamera?”

”Apabila anda di jalanraya dan anda sedang memandu melebihi had laju, tiba-tiba anda nampak polis mengadakan ’speed trap’ adakah anda akan teruskan dengan kelajuan tersebut?”

”Anda sedang menyapu sampah dengan malas kerana disuruh, tiba-tiba kawan lelaki yang anda minat sedang lalu dihadapan rumah anda. Apakah biasanya yang anda lakukan?”
”Agak-agak la kan, kenapa tanya soalan-soalan tadi kepada anda semua.”

Sunday, July 25, 2010

Muhasabah Diri Anda


Muhasabah diri ada dua jenis iaitu, muhasabah sebelum beramal dan muhasabah setelah beramal.

Jenis Pertama: Muhasabah Diri Sebelum Melakukan Sesuatu

Maksudnya: Seseorang itu menghitung di permulaan amalannya, samada amalan tersebut perlu dilakukan ataupun perlu ditinggalkan. Jika amalan tersebut sesuatu yang diperlukan, maka lihatlah, adakah ia bersesuaian dengan syariat ataupun bertentangan. Sekiranya bertentangan dengan syariat, maka sewajarnya dia meninggalkan niatnya untuk melakukan perbuatan tersebut, selagimana tidak sampai tahap mudarat. Jika mudarat, maka boleh dilakukan sekadar ingin menolak kemudaratan.
Related Posts with Thumbnails