Pages

Tuesday, June 28, 2011

CINTA DAN KEINGINAN UTK MEMILIKI ADALAH DUA PERKARA YG BERBEZA

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebagai seorang remaja, perkara seperti ini sering menghantui diri..
Semakin hari semakin ramai yang kecundang..Semoga kita masih di dalam landasan yang benar..

Jika seseorang tu NAKkan kita, BELUM TENTU dia CINTAkan kita..
Persoalan yang agak rumit..Hati-hati jika ada seseorang yang beria-ia sukakan kita, ayat semua power-power..Betul ke orang itu betul-betul CINTAkan kita ataupun hanya NAKkan kita..

Memang susah untuk kita tahu perasaan seseorang tu..
Jadi,nilai la perlakuan dia tu..

-Adakah dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita?
-Adakah dia sanggup berkorban demi kita?
-Adakah dia cemburu tak bertempat jika kita berkomunikasi dengan seseorang yang lain jantina dengan kita?
-Adakah dia sanggup berpisah dengan kita jika ianya adalah lebih baik daripada bersama?

Pernyataan yang ke 4 tu ternyata agak berat bagi setiap orang..(confirm berat gle nak clash..CONFIRM!)

Sebagai contoh, Si A sangat suka kepada Si B, Oleh kerana kurang kefahaman agama, mereka berdua pun couple.. (Biasanya perkara macam ni berlaku time sekolah)..Kemudian timbullah hubungan percintaan, kasih sayang, memahami, ambil berat,manja-manja dan banyak lagi..

Pada suatu hari, mereka pun tersedar yang couple adalah salah..
Lagho, zina, macam-macam zina la, termasuk zina hati sekali..
Kemudian, selepas merujuk ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, baca artikel, buku-buku agama dan lain lain..Mereka pun mendapati clash adalah jalan yang terbaik dan diredhai..


Tapi, membuat keputusan waktu tu adalah amat memeritkan..Confirm berat gila nak clash..
Lepas apa yang dah dilalui memang susah untuk Si A membuat keputusan..Tetapi, oleh kerana cinta kepada Allah jauh lebih besar daripada cinta kepada manusia,Si A pun minta clash dalam keadaan air mata yang berlinangan dan mengalir membasahi pipi..

Allah berfirman fi kitabihi kareem,
Maksudnya..


"...boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu)sedangkan kamu tidak mengetahui" (al-baqarah,ayat 216)

Waktu tu barulah persoalan akan terjawab..Adakah benar-benar dia cintakan kita? Sekiranya dia cintakan kita, dia akan sanggup berpisah kerana Allah..

Jika dia hanya NAKkan kita,

*dia tak nak berpisah dengan kita
*dia cuba nafikan kefahaman kita tentang couple ni..
*mungkin juga cinta dia kepada kita melebihi daripada cinta dia kepada Allah..
*dan syaitan dah berjaya menghiasi amalan dia supaya dia rasakan perbuatan salah dia adalah sesuatu yang baik..

"dan kami jadikan bagi mereka teman-teman (dari jin dan manusia) lalu mereka memperhiaskan apa yang ada di hadapan mereka dan belakang mereka..." (fussilat,ayat 25)

Adakah kita inginkan seseorang yang mencintai makhluk lebih daripada cintanya kepada Tuhan Sekelian Alam sebagai pasangan hidup kita?
Adakah orang seperti ini yang akan bersama-sama kita mencari mardhotillah?

Jika dia betul-betul cintakan kita, pasti kerana cintanya yang mendalam pada kita,dia akan sanggup berpisah dengan kita..Mengorbankan keinginannya terhadap kita kerana berpisah itu adalah lebih baik untuk kita dan juga untuk diri dia..

Dan pastinya, cinta dia kepada Allah akan mendorong dia untuk berpisah meskipun sangat berat..

Kalau memang nak juga bersama menjadi pasangan hidup.
maka mestilah berpisah juga kerana Allah..

Dan bila tiba masanya, berkahwin, bersamalah semula, inilah jalan yg diredhai, insyaAllah..

Dan jangan kita sesekali buat perkara dosa dengan sengaja sambil berfikir: "ala..nanti aku taubatlah.."

"sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang2 yg melakukan kejahatan kerana jahil (tidak tahu) kemudian mereka segera bertaubat, taubat mereka itulah yg diterima Allah,dan Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana" (an-nisaa',ayat 17)

wallahualam..

2 comments:

  1. bgus entry ni :) btol sume tu. pasaan cinta mmg xleh nk elak, tp kurg2 kita tahan dan kawal .

    ReplyDelete
  2. akhi .. aisya mohon copy ye .. nk share at fb .. boleh kan ?:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails