Pages

Santun

PENGENALAN RINGKAS

Latar Belakang

Skim ini diperkenalkan mulai tahun 2006 berasaskan pengalaman dan pengendalian Program Dermasiswa Anak Yatim di bawah Kecemerlangan Pendidikan Anak-Anak Yatim di negara ini.

Objektif

Memberikan insentif kepada anak-anak dalam kelompok miskin/anak yatim yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran.

Memberi rangsangan kepada anak-anak miskin/yatim untuk melipatgandakan usaha ke arah mengekalkan kecemerlangan pendidikan.

Sebagai saluran membantu pelajar miskin / anak-anak yatim yang berpotensi mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi program ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim/ miskin yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tertakluk kepada syarat/kelulusan pihak pengurusan YaPEIM.

Kaedah Pemilihan

Pemilihan anak-anak yatim dilaksanakan seperti berikut:

a) Melalui senarai/permohonan/pencalonan daripada

i)
Sekolah


ii) Pejabat Pelajaran Negeri



b) Pemilihan anak yatim cemerlang adalah mengikut kriteria seperti berikut:

i)
Kecemerlangan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 8A dan ke atas.


ii) Kecemerlangan aktiviti kokurikulum yang berterusan.


iii)
Tidak tinggal di asrama penuh.
iv) Pendapatan keluarga atau pekerjaan (mengikut kategori bandar dan luar bandar).
v) Menjadi sukarelawan dalam menjayakan program-program YaPEIM yang bersesuaian.
  
kredit --- http://www.yapeim.net.my/santun.htm 
Related Posts with Thumbnails