Pages

Friday, October 22, 2010

Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.


Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat. Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: "AlhamdulilLah". Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

 Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails